KeTeNTuaN DaRiNYA
"Biarkan kita kehilangan sesuatu kerana ALLAH,Jangan kita kehilangan ALLAH kerana sesuatu"..
Tuesday, September 18, 2012
(Riwayat Ahmad)
"Tidak seorang pun muslim yang berdoa dengan sesuatu doa yang
tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan
memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus,
atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya
keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau
begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih
banyak pemberiannya."
7 GOLONGAN DILINDUNGI DIBAWAH BAYANGAN RAHMAT
- Pemerintah yang adil
- Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
- Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
- Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
- Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
- Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya
- Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
Sunday, September 16, 2012
Adakah Dia Milikku?
Bismillah..
Assalamualaikum..
Persoalan
yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang
mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan
dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya
seperti ape yang diharapkan?
Sahabat,sedarlah
bahawa usaha itu adalah satu kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba
Allah dimuka bumi kerana kita harus merancang akan tetapi Allah yang
menentukan segalanya. Berapa ramai insan yang kecundang selepas usaha yang
dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?Bahkan ada yang memaling pada
mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan pengakhiran suatu usaha itu.
Sahabat,
sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan
dariNya adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha
dengan ketentuanNya kerana ini adalah seiring dengan rukun iman
keenam yakni percaya pada qadha dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya
bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam.
Jadikanlah
Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat
mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar
diberikan jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat
islam untuk mencari jodoh yang baik.
Sahabat,berusahalah
untuk mencari cinta sejati dengan sentiasa berusaha dan berdoa
kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam usaha. Ujian Allah dalam
meniti suatu perjalanan mencari cinta sangatlah berat kerana Allah
inginkan hamba-hambaNya meminta-minta padaNya. Bersabalah atas setiap
ujian yang kita hadapi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya.
Jika
pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan, percayalah tidak akan
sesekali rugi bagi mereka yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah.
Adakalanya pilihan manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi
hakikatnya penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita
rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa
sedikit pun kita sedari. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu
yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.
Demikianlah
pilihan Allah... ianya adalah baik untuk kita, agama kita, dan baik untuk
setiap keadaan dan waktu yang ada. Pengetahuan Allah mengatasi pengetahuan
hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh itu pada Allah. Jangan dipeningkan
kotak fikir kita memikirkan siapa jodoh kita. Jika ada jodoh, pasti tidak akan
ke mana. Yang penting siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah. Siapa
jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita soleh,
insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, maka
Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah berfirman, Lelaki
yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah! Janji Allah itu
pasti benar.
Jangan
mudah lesu dengan istiqamah.Jangan mudah mengalah dengan ujian yang ada tetapi
jadikan lah ujian itu sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus
berusaha dalam mencari cinta sejati. Namun nilai suatu cinta itu janganlah
dilandaskan dengan nafsu. Biarlah ianya diredhai ole Allah swt. Suatu
cinta yang berlandaskan nafsu itu mengundang murka Allah.
Tepuk
dada tanya fikiran kerana apa kita cintakan seseorang itu. Adakah kerana
hartanya? kerana paras rupanya? atau kerana agamanya? Pujilah hamba Allah itu
atas kecantikannya tetapi pujilah dengan niat semata-mata pujian atas keindahan
ciptaan Allah. Pujian yang bersandarkan kebesaran dan keagungan yang
menciptakannya. Dan janganlah memuji sehingga mengundang syirik padaNya.
InsyaAllah
para sahabat yang membaca artikel ini akan saya doakan juga supaya anda
dipertemukan jodoh yang baik yang mampu membahagiakan anda bukan sahaja di
dunia bahkan di syurga kelak. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)